Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualikum! Hi I'm Nuraisyah Iliya binti Mohamad Marzuki|Welcome to My Paris Town|Fifteen|PMR Candidates|SMKA Maahad Muar|Muar|Johor Gomawo!


Entries About

Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


Perigi Mencari Timba.Perlukah ?


Relevenkah istilah 'Perigi Mencari Timba'

Perigi mencari timba bermaksud seorang wanita terkejar-kejar cinta kepada seorang lelaki.Memang pada masa kini perbuatan tersebut dikatakan barangkali 'GEDIK".Tapi tidak terfikirkah anda bahawa apabila seorang lelaki terkejar-kejar seorang adalah boleh dikatakan sebagai "MIANG".

Pada masa kini istilah "Perigi Mencari Timba" adalah sangat tidak releven.Lihatlah,jika seorang wanita tersebut korang berkemampuan tetapi mahukan lelaki tersebut mestilah dia akan mewakilkan ibu bapa mereka untuk melamarnya untuk dijadikan sebagai peneman hidup mereka.Takkan lah dia hanya mampu duduk berdiam sehingga cinta datang kepadanya.

Seorang wanita juga cubalah untuk menjadi seorang yang aktif.Seorang wanita perlulah jadikan Saiditina Khadijah sebagai idola mereka.Beliau adalah seorang wanita namun dia melamar Rasullah S.A.W untuk dijadikan suaminya.Adakah peristiwa tersebut pun perlu di lebelkan sebagai "Perigi Mencari Timba".Istilah tersebut hanyalah untuk memalukan para wanita yang cintanya ditolak oleh seorang lelaki.

Tetapi perlu juga ingat akan risiko samada diterima atau ditolak.Jika diterima Alhamdullilah.Segerakanlah membuat sujud syukur.Namun kepada yang ditolak,terimalah dengan seadanya.Mungkin ada hikmah disebaliknya.Pernah diberitahu oleh saya bahawa : "Jika seorang melamar lelaki tersebut haruslah lelaki tersebut menerimanya namun jika dia menolaknya mungkin dia ingin menduga wanita tersebut".

Jadi kesimpulannya,tidak salah seorang wanita ingin melamar seorang lelaki untuk menjadi hero dalam hidupnya.Tiada istilah "Perigi Mencari Timba" dalam hidup seorang wanita.Lakukan solat istikarah untuk mendapatkan pilihan yang benar-benar tepat untuk kita.

"Tidak salah seorang wanita melamar seorang lelaki selagi tidak melampaui batas dan syariat.Tiada istilah "Perigi Mencari Timba". -Ustaz Azhar Idrus :)